Pesanan dari Saudara Shamsuddin Kadir:
Tuan dan Puan (semua sepupu) yang dimuliakan,
Antara perkara yang boleh kita lakukan untuk tidak menangung bebanan hutang adalah seperti berikut:
- Baca buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang dan aplikasikannya ilmu yang dipelajari itu nanti - Sehingga kini kami menerima testimonial yang menyatakan buku itu telah membuatkan individu yang dikelilingi hutang dapat membebaskannya dalam masa kurang dari 6 atau 9 bulan dan mereka juga dapat menambahkan harta halal mereka. Yang paling menarik adalah mereka yang membaca dan mempratikkan ilmu dalam buku itu berkata 'Saya sangat bahagia dan tenang sekarang'.
- Elakkan dari membaca 'flyers' pinjaman peribadi yang disediakan oleh bank dan koperasi
- Elakkan dari menziarahi kedai-kedai menjual kereta ataupun membaca majalah berkenaan kereta
- Elakkan menyimpan kad kredit dalam poket jika kita tidak dapat membayar barangan yang kita beli itu.
- Elakkan membaca majalah yang mempromosikan hiasan hidup di dunia khayalan yang bertentangan dengan psikologi manusia.
- Gantikan waktu kita yang digunakan bagi menonton filem setiap malam kepada membaca 1 helai ataupun 1 bab sehari.
- Elakkan dari membuat hutang lagi
- Tingkatkan nilai diri, kerana apabila kita merasakan diri kita mahal, kita tidak perlu barangan ataupun hiasan untuk ditunjuk-tunjuk kepada orang lain supaya mereka melihat kita ini 'kaya' ataupun 'mahal'.
No comments:
Post a Comment