Saturday, April 30, 2011

Mee Bandung Muar , I-Property & Home Deco in one day

Hari ni..jadual memang pack..dari pagi sampai ke mlm penuh dgn activity..Kuar rumah pukul 11am..singgah gerai mee bandung muar kt
seksyen 8 PJ..sampai awal orang x ramai lagi..jadi x payah queue..selalu time keja..selalu penuh..Order mee bandung dan ija order assam pedas ikan pari..
Ija kate sedap assam pedas kt sini..hehehe..gelak je la..kalau x sedap takkan la Jalan2 cari makan TV3 singgah kt sini..sape yg nk merasa..assam pedas dan mee bandung yg kwauuuu dtg la kt sini..

lepas kenyang makan pagi + tengahari..terus shoot gi mid valley...memang plan nak gi I-Property expo..tgk mana2 property yg ade..pehhh tgk hatga hartanah kt lembah klang nie..semakin melambung..main 400k-million jer..uhhh memang susahla orang2 kita hendak memiliki hartanah sendiri kt area ni...terpaksala cari jauh dr lembah klang kalu nk murah sikit...Tgk speaker ade milan doshi..tp kul 630pm...uhhh x dapatla tunggu...

Dlm kul 3pm..terus gerak gi KL Convention Centre..pehhh ingat x besar home deco ni..rupa rupanyer..bertingkat2..dr lampu..audio..hiasan dalaman..set perabot..semua nyer ade kt sini..cuma perlu sediakan budgetnyer saje...pegi sana pon x beli ape pon..cuma servey2 la ape yg patut utk rumah baru nanti...

balik tadi singgah SATO utk pekena nasi lemak panas dulu...okla..layan jela gambar2 yg sempat dia snapshoot tadi..hehe

Thursday, April 28, 2011

Bagaimana Bebas Dari Bebanan Hutang

Pesanan dari Saudara Shamsuddin Kadir:

Tuan dan Puan (semua sepupu) yang dimuliakan,

Antara perkara yang boleh kita lakukan untuk tidak menangung bebanan hutang adalah seperti berikut:

  • Baca buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang dan aplikasikannya ilmu yang dipelajari itu nanti - Sehingga kini kami menerima testimonial yang menyatakan buku itu telah membuatkan individu yang dikelilingi hutang dapat membebaskannya dalam masa kurang dari 6 atau 9 bulan dan mereka juga dapat menambahkan harta halal mereka. Yang paling menarik adalah mereka yang membaca dan mempratikkan ilmu dalam buku itu berkata 'Saya sangat bahagia dan tenang sekarang'.
  • Elakkan dari membaca 'flyers' pinjaman peribadi yang disediakan oleh bank dan koperasi
  • Elakkan dari menziarahi kedai-kedai menjual kereta ataupun membaca majalah berkenaan kereta
  • Elakkan menyimpan kad kredit dalam poket jika kita tidak dapat membayar barangan yang kita beli itu.
  • Elakkan membaca majalah yang mempromosikan hiasan hidup di dunia khayalan yang bertentangan dengan psikologi manusia.
  • Gantikan waktu kita yang digunakan bagi menonton filem setiap malam kepada membaca 1 helai ataupun 1 bab sehari.
  • Elakkan dari membuat hutang lagi
  • Tingkatkan nilai diri, kerana apabila kita merasakan diri kita mahal, kita tidak perlu barangan ataupun hiasan untuk ditunjuk-tunjuk kepada orang lain supaya mereka melihat kita ini 'kaya' ataupun 'mahal'.

Solat Dhuha : Memohon Supaya Hajat Kita Di makbulkan

Doa selepas Solat Dhuha 2 Rakaat :

Ya Allah, jika rezekiku Di langit, turunkan ia,

Jika rezekiku di bumi, keluarkan ia

Jika rezekiku sedikit, perbanyakan ia

Jika rezekiku banyak, berkatilah ia,

Jika rezekiku haram, sucikanlah ia

Jika rezekiku jauh, dekatkanlah ia

Berkat dengan waktu DhuhaMu, perkenankanlah doaku ini, Amin.

Waktu solat Dhuha, 2 rakaat, boleh dilakukan secara purata antara pukul 8.30 pagi dan sebelum pukul 12 tengahari.

Monday, April 18, 2011

Jalan2 Sabah




















Dah lama tak datang sabah ni..ingat2 dah 4 tahun..dulu datang pon sebab outstation..hehee..Last week dapatla gi sabah lagi..tapi bukan bekerja..Family holiday..
bayak jugaklah activiti kat sana..pegi pulau manukan..lepak pasar pilipino..pasar malam kg air..one borneo shooping mall..teluk sepanggar..Kapal Selam TLDM parking kt sini la..kekeke..dan yg paling best..dapat gi gunung kinabalu..walaupun rushing..keke..best memang best walaupun memenatkan..makanan kt sabah ni..rasanyer bukan tekak org semenanjung..susah nk cari yang sedap..tahun depan bulan 2 dah plan nk gi sabah lagi..tp kali ni..pegi ramai sikit..dlm 7 org la..thanks to Firefly sebab kasi tambah murah kt kami sekeluarga...Jadi layan jela..gambar2 yang ade nie..hehe

Insuran

Adakah semua orang memerlukan insuran? Sebenarnya, hanya mereka yang menyara tanggungan memerlukan insuran. Jika anda tiada tanggungan, lebih baik labur saja dalam ASB atau unit trust, saham atau hartanah. Ini termasuklah mereka yang masih bujang. Kini terdapat pelabagai jenis insurans yang "pelik tapi benar" seperti perlindungan pendidikan, perlindungan anak-anak dan sebagainya. Yang perlukan polisi adalah penyara keluarga bukannya ahli keluarga yang disara. Sepatutnya, yang mendapat manfaat adalah orang yg disara, bukannya orang yg menyara.

Pendapat Azizi Ali..

Insuran hanya sesuai untuk perlindungan, bukan untuk pelaburan. Jadi polisi insuran yang paling sesuai ialah "Term Policy". Dan insurans kesihatan bagi mereka yg memerlukan. Pendapat ini diilhamkan daripada buku Azizi Ali.

Sunday, April 10, 2011

Picture Nikon


Hari ni..duk blajar setting kamera nikon ni..snap la mana2 yg patut dan hasil yer ade laaaa...lagi pon bukan nyer pro..baru novis dalam bidang photo nie..kekeke..layan je laaa

Saturday, April 2, 2011

Jalan Jalan Mid Valley Sambar Nikon + Olympus

Hari ni pagi2 lagi dah bangun..siap2 sebab plan nak gi Mid Valley..Hajat nk pegi Nikon 10 expo..sampai awal..kul 10.30 pagi..tapi expo start kul 11 pagi..ape lagi jalan2 la dulu...dah lame tak datang mid valley ni..ingat2 dekat 2 tahun..hehehe...masukla satu kedai kamera sbab wife nak tgk olympus VG140..katenyer semua function ade..14megapix..HD recording..3inc display screen..tanya kat sales kedai camera tu..display takde..tp baru punyer ade..baru sampai semalam..x kuar kotak lagi..lepas tgk dan test camera tu..wife cam suka dan berkenan..ape tunggu lagi..kasi sambar la satu..hehehe..So hari ni...dpt la 2 camera..satu DSLR dan satu camera kompak..selepas lebih 6 tahun guna sony cybershot...