Thursday, December 23, 2010

Dividen ASB 2010

Copy dari blog http://blogsahambaru.wordpress.com...


Pengiraan Dividen ASB 2010 – Dividen 7.5 sen, Bonus 1.25 sen

Untuk tahun 2010, ASNB telah mengumumkan dividen ASB untuk tahun kewangan berakhir Dis 2010 iaitu 7.5 sen dan bonus 1.25 sen. Macam mana nak kira semua ni? Secara kasar peratus pulangan adalah 7.5+0.125 iaitu 7.625% (untuk mereka yg baru buat loan asb setahun).

Saya percaya ramai yg buat loan asb. Sebagai contoh untuk loan asb 100K. Jumlah dividen yang diperolehi ialah RM7,500. Untuk kira bonus agak complicated sikit, sebab berdasarkan purata baki minimum 120 bulan yg lepas. Kalau baru start loan Jan 2010, maka dapat lah bonus 12×100,000/120 * 1.25% = RM125.00. Jadi jumlah semuanya RM7,625.00.

Persoalan kedua pulak, berapa profit selepas tolak bayaran bulanan. Kebanyakan loan adalah BLR-1.65%, berdasarkan purata BLR 2010 6.15  – 1.65 = 4.5%. Jadi kos pinjaman 4.5% berbanding dividen 7.5%, dapatlah untung 3% (kadar yg sangat lumayan bagi mereka yg buat loan asb).

Peratus pulangan sebenar:
Loan tahun pertama: 7.625%
Tahun kedua: 7.75%
Tahun ketiga: 7.875%
Tahun keempat: 8.0%
Tahun kelima: 8.125%
Tahun ke-6: 8.25%
Tahun ke-7: 8.375%
Tahun ke-8: 8.5%
Tahun ke-9: 8.625%
Tahun ke-10: 8.75%
Pelabur yg telah menyimpan genap 10 tahun memang dapat profit yg lumayan.

Contoh kasar: Loan Asb 100K, bulanan RM550:
Kos pinjaman: RM4,500 (interest) + RM2160 (principal) = RM6660
Untung: RM7,500 (dividen) + RM2160 (principal) = RM9660
Untung bersih sekitar: RM3,000 (kalau buat loan 200K, untung 6K tu).
Peratus untung: 9660/6660 – 1.00 = 45% (Sangat lumayan). Kalau simpan sendiri, dapat 7.5% sahaja.
* Kiraan ni tidak termasuk bonus yg boleh diabaikan sebab amaun terlalu kecil (kecuali yg dah buat loan 5 tahun ke-atas).

Tahniah kepada semua pelabur ASB!


No comments:

Post a Comment