Sunday, September 30, 2012

AVT Bikes Event


petugas sedang memeriksa AVT ini

Sebelum ni tengok kat TV jer aktiviti ini tapi semalam selepas kick-off server maintenance dapat la merasa menunggang AVT ini.Pertama kali naik terasa payah tapi selepas warm-up session..confident level terus meningkat..jadi segala perasaan takut di tinggal ke tepi..Kita orang naik AVT ni dekat Kg Kemensah Ulu Kelang..ala belakang zoo jer..naik bukit turun bukit..layan corner tepi lurah..redah lopak dan akhirnyer sampaila kt checkpoint..di puncak air terjun Sofea Jane 'Batu Asah'.Lepas berendam kat air terjun ni selama 30minit ..aktivity pulang lagi mencabar..terpaksa menuruni lurah..jadi ketenangan adalah faktor penting dlm mengawal AVT ini..

Tuesday, September 25, 2012

Air Panas Sg Kelah

Dalam perjalanan pulang dari Re-union raya hari tu sempatlah kami sekeluarga menyinggah ke kolam air panas sg kelah di sungkai.Dah lama bercadang mahu ke situ dan perjalanan sejauh 10km dari simpang utama jalan sungkai dan akhirnya sampai juga kami sekeluarga ke situ..
kolam utama (bukan air panas)..sesuai untuk mandi manda


Tiket masuk adalah rm15 dewasa dan rm10 kanak-kanak..banyak sebenarnya aktiviti yang boleh dilakukan di sini..selain mandi manda..boleh rebus telur..berendam dalam kolam air panas dan macam2 lagi..

kalam air panas utama...tak ramai yang berani berendam lama-lama




Wednesday, September 19, 2012

Lampu Gaslin

Dah lama rasanyer tak jumpa dengan lampu nie..teringat nostalgia masa duduk dekat rumah lama ( Kampung Puah Seberang Sentul ) abah selalu pam lampu ni sebelum maghrib..lepas tu semua ahli keluarga berkumpul dekat lampu nie..yela kat situ saje yang terang benderang..masa time raya dekat kampung hari tu ( kg sempang pantai melaka ) sepupu bawak balik lampu ni..beli kat p.pinang katenyer..kita orang pon dukla ramai kat bawah lampu minyak tanah nie...hehehe


Tuesday, September 18, 2012

Tanah Kampung

Ade sebidang tanah di kampung hasil tinggalan arwah abah..saiz lebih 1/2 ekar..sekarang ni penuh dengan semak samun dan rasa rugi tanah ini terbiar begitu sahaja tanpa hasil..dari servey tanaman kelapa dan kelapa sawit sesuai untuk tanah ini or kami pajak saje tanah ini pada yang mahu usahakannyer ..ade jugak hasilnyer.....terdapat ternakkan kambing untuk tanah sebelah dan tengak hasil nyer memuaskan..jadi mungkin kena bincang adik beradik untuk project selanjutnyer...

Wednesday, September 12, 2012

Tips Saham

Diam semasa membeli dan bising semasa menjual...

lebih2 lagi kalau profit lebih 600% macam share Pasukhas....memang terbaek tapi info dari otai2 
share investor...itu adalah SING atau tanda2 heavy selling berlaku....

Ok..sekarang  ini  masih menunggu status permohonan untuk IPO IGB REIT...status kat CIMBCLICKS masih lagi reserve..berjaya atau tidak
tak tahu lagi...

Thursday, September 6, 2012

Selling Down

Setakat jam 4.52pm  hari ini indek KLCI telah jatuh sebanyak 24 mata ..nampaknyer inilah peluang kepada pelabur2 tegar yang membeli sewaktu orang lain menjual..kepada pemegang sahan FGV terutamanyer peneroka dan pekerja felda yang membuat pinjaman utk saham FGV ..nampaknyer share will force sell when price hit 4.75. Good luck..

Saturday, September 1, 2012

Pantai Kemasik

Minggu cuti-cuti malaysia diteruskan ke pantai timur dan tempat yang kami singgahi adalah Pantai Kemasik..tempat yang cantik dan sesuai bagi mereka yang gemar suasana pantai dan panorama yang memukau..