Thursday, March 31, 2011

Dividen Loan ASB 2011 (76 sen)

copy dari blog http://blogsahambaru.wordpress.com/

Masih ada bakal pelabur yang masih belum dapat membuat keputusan cara yang lebih menguntungkan. Simpan sendiri atau melabur melalui loan asb?

Dalam post yang lepas, saya ada menyebut pelaburan melalui Easy-ASB boleh memberi pulangan sehingga 41%. Ini dibuktikan pada tahun lepas 2010, apabila ASNB mengumumkan dividen ASB 7.5 sen dan bonus 1.25 sen (jumlah 7.625 sen). Tetapi melalui Easy-ASB, pelabur dapat pulangan 41%.

Pengiraannya:
Amaun pinjaman: 100K
Kos pinjaman: BLR-1 = 5.4%
Bayaran bulanan: RM450 x 12 bulan = RM5400 (setahun).
Pulangan (RM) = 100K x 7.625% – 5400 = RM7625 – 5400 = RM2225.00
Pulangan (%): 100K x 7.625% / 5400 = 41.2%

Nampak sangat lumayan. Tapi pengiraan ini sebenarnya tidak tepat, kerana modal 5400 tu tidak dilaburkan sekaligus pada bulan Jan, sebaliknya dibayar secara beransur setiap bulan.

Cara sebenar membuat perbandingan antara simpan sendiri dan loan asb adalah dengan menggunakan jadual berikut:

BULAN BMB (ASB) BBT (EASY-ASB)
1 $450.00 $450.00
2 $900.00 $900.00
3 $1,350.00 $1,350.00
4 $1,800.00 $1,800.00
5 $2,250.00 $2,250.00
6 $2,700.00 $2,700.00
7 $3,150.00 $3,150.00
8 $3,600.00 $3,600.00
9 $4,050.00 $4,050.00
10 $4,500.00 $4,500.00
11 $4,950.00 $4,950.00
12 $5,400.00 $5,400.00
JUMLAH BMB $35,100.00 $35,100.00
DIVIDEN % 7.5sen + 1.25sen = 7.625% X
DIVIDEN RM $223.03 $2,223.00 (nilai RM sebenar = RM2225.00)

BMB = BAKI MINIMUM BULANAN

BBT = BAYARAN BULANAN TERKUMPUL

X adalah dividen (atau peratus pulangan) yang diperolehi oleh pelabur. Apakah nilai X?

Nilai X adalah dividen yang perlu diagihkan oleh ASNB untuk menandingi pulangan(dividen tidak rasmi) melalui Easy-ASB. Perhatikan nilai X adalah 10x lebih tinggi daripada dividen rasmi yang diumumkan oleh asnb.

Jadi jangan tunggu lagi. Dan jangan lepaskan peluang ini. Ada dua risiko yang perlu dipertimbangkan iaitu:

1. Risiko BLR akan naik mendadak yang di luar kawalan pelabur.

2. Risiko kehilangan potensi keuntungan 10x ganda.

Pilihan di tangan pelabur. Risiko yang mana satu menjadi pilihan anda. Risiko 1 atau 2? Pengiraan di atas adalah berdasarkan dividen dan bonus asb bagi tahun 2010. Tapi saya yakin, untuk tahun 2011, pulangan adalah hampir sama untuk kedua-dua cara pelaburan.

NOTA: Pakej Easy-ASB dijadikan contoh dalam post ini kerana pengiraannya lebih mudah.

Monday, March 28, 2011

Teknik Memaksimakan Loan ASB Melebihi 200K



copy dari blog http://blogsahambaru.wordpress.com/

Seperti yang dijanjikan dalam komen bagi post yg lepas http://blogsahambaru.wordpress.com/2009/07/30/pinjaman-asb-asb-loan-memberi-pulangan-melebihi-40/, (terima kasih lantoi kerana remind saya) saya akan cuba berkongsi teknik untuk memaksimakan profit asb dengan cara mendapatkan asb loan melebihi 200K. Teknik ini hanya boleh dilakukan jika pelaburan asb anda telah mencecah 200K, dan anda masih layak untuk memohon loan asb tambahan yg baru.

Satu ciri ASB yang saya sendiri baru ketahui ialah walaupun had pelaburan maksima adalah 200K, had pelaburan ini akan sentiasa bertambah setiap kali dividen diagihkan. Sebelum ini saya hanya mengunakan kaedah pelaburan asb yg biasa iaitu dengan menyimpan RM100 (kadang-kadang tu lebih sedikit) setiap bulan. Jadi tidak pernah terlintas difikiran suatu hari nanti pelaburan asb akan mencecah 200K. Namun setelah membuat kajian terperinci (pada Jul 2009), saya telah membuat kesimpulan kaedah asb loan akan lebih menguntungkan. ASB loan sebenarnya giat ditawarkan sejak saya masih di sekolah menengah lagi. Awal tahun 1990an lagi, saya diminta oleh makcik saya (dia orang kampung, dan saya pula dianggap lebih berpengatahuan kerana bersekolah di perantauan, hanya sekali sekala balik kampung) yang bertanyakan pendapat baik buruk dan risiko ASB loan. Waktu itu asb loan ditawarkan pada kadar BLR+0.75 hingga BLR+1.25. BLR pula sekitar 7 – 9% dan pernah mencecah 10.5% pada lewat 1990an ekoran krisis kewangan di Asia. Jadi saya membuat kesimpulan risiko asb loan agak tinggi berbanding potensi pulangan, walaupun pada tahun 1990an dividen asb agak tinggi 9-12%. Dan kadar asb loan ini seingat saya berkekalan sehingga tahun 2009 (pembaca boleh kongsi jika ada maklumat lain) apabila kadar BLR terlalu rendah dan pakej asb loan ditawarkan pada kadar BLR-1.65 (paling rendah dalam sejarah). Ini mendorong saya membuat kesimpulan yg drastik kerana pakej asb loan yg ditawarkan kini sangat murah, mudah dan dividen masih memuaskan, risiko pula terlalu rendah kerana ekonomi dunia masih belum pulih sepenuhnya (trend sekarang, rata-rata kuasa ekonomi dunia ingin mengekalkan kadar faedah yg rendah untuk memastikan pemulihan ekonomi tidak terganggu).

Kembali kepada topik post kali ini. Sebagai contoh, jika sepanjang tahun 2010 pelaburan anda telah mencecah 200K (sama ada melalui cash sendiri atau sijil loan asb), tapi selepas dividen diagihkan (kita andaikan anda menerima dividen 14K) pada Jan 2011, had pelaburan ASB akan bertambah kepada 214K. Bagi memaksimumkan asb loan, anda boleh mengeluarkan dividen 14K dan apply loan baru yang sama jumlahnya dengan 14K. Amaun 14K tu pula boleh dilaburkan dalam dana lain (spt ASW2020, ASM atau AS1M), dan anda juga mempunyai pilihan untuk menggunakannya untuk membayar ansuran bulanan bagi loan 14K yang baru tu. Cara ini membantu anda meningkatkan keuntungan keseluruhan asb, kerana keuntungan melalui loan asb 14K lebih tinggi (pulangan 30% – 40%), berbanding jika amaun 14K dikekalkan dalam simpanan asb (pulangan mengikut kadar dividen biasa 7% – 8%). Cuma anda perlu bersusah-payah sedikit untuk berurusan semula dengan bank dan menyediakan dokumen untuk apply loan baru. Dan impaknya juga agak sedikit kerana amaun loan agak kecil iaitu hanya 14K. Saya sendiri tidak bercadang untuk melakukan teknik ini setiap tahun, mungkin setiap 2 tahun lebih praktikal kerana dividen terkumpul akan mencecah 28K hingga 30K.

Komen dialu-alukan jika ada pelabur lain yang telahpun melakukan teknik ini. Kalau tidak silap pakzul ada pengalaman. Boleh kongsi pengalaman dengan pembaca lain. Selamat melabur!